Sunday, February 24, 2013

Majlis Perasmian Taska Permata Keluarga Kg.Serdang



KUALA TERENGGANU- Majlis Perasmian Taska Permata Keluarga Kg. Serdang Baru telah dilaksanakan oleh Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor iaitu Isteri Perdana Menteri. Beliau turut diiringi oleh Y.A.Bhg To’ Puan Seri Norliza Binti Mahmud,isteri kepada Menteri Besar Terengganu dan Yang Berbahagia En.Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Taska Permata Keluarga ini adalah cetusan idea dari beliau sendiri dan beliau menyedari bahawa kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun adalah usia paling bernilai untuk dididik. Di Negeri Terengganu, sebanyak 65 buah Taska Permata Keluarga telah dibina dan telah beroperasi dengan menggunapakai kurikulum Permata Negara. Ini membuktikan suatu bukti yang jelas bahawa slogan yang dibawa oleh pihak kerajaan selama ini iaitu “Janji Ditepati” telahpun ditunaikan.

Menurut Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, beliau berharap dengan adanya Taska Permata Keluarga boleh memberi pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak kecil ini nanti. Ia juga memberi peluang untuk digilap dan dikembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu bagi bagi mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmaninya.

Taska Permata Keluarga ini juga akan dilengkapi dengan CCTV untuk membolehkan ibubapa mereka melihat anak-anak mereka ketika mereka bekerja, kemudahan ICT yang canggih ini adalah dengan bantuan dan kerjasama oleh Syarikat Top-IT Industries Sdn.Bhd. Konsep bagi Taska Permata Keluarga pula adalah dengan memberi penekanan kepada didikan awal dan asuhan kepada kanak-kanak.

Diharapkan Taska Permata Keluarga ini akan memberikan pendidikan yang terbaik kepada kanak-kanak kecil ini kerana merekalah yang akan membesar sebagai harapan negara yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara untuk mendokong usaha menjadi negara maju pada tahun 2020.

DSC_0182 (640x428)

No comments:

Post a Comment