Sunday, February 24, 2013

Jelajah Janji Ditepati bukti rakyat masih bersama BN


DSC_0028-640x4281

Kuala Terengganu-Lebih Kurang 50 ribu rakyat yang berbilang bangsa turun ke Dataran Shahbandar untuk menemui pemimpin yang disayangi pada program Jelajah Janji Ditepati. Ini membuktikan rakyat masih menyokong sepenuhnya kerajaan yang sedia ada yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak. Pelbgai program dan pengisian yang telah dilakukan oleh agensi dan juga jabatan kerajaan antaranya pertandingan futsal dan bola keranjang 3 0n 3, senamrobik, menyemak status cukai pendapatan, daftar mengundi, saman trafik dan pertukaran alamat pada MyKad. Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional turut diadakan bagi memberi peluang kepada anak-anak terengganu yang mengganggur mendapat pekerjaan.

‘Walkabout’ Perdana Menteri Malaysia di Pasar Besar Kedai Payang memberi ruang kepada orang ramai mendekati lebih dekat dengan pemimpin yang disanjungi mereka. Sejurus kemudian, beliau menaiki beca berhias untuk bersarapan pagi di Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kemudian, Beliau diiringi oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Dato’ Seri Hj.Ahmad Said menuju ke Dataran Shahbandar bagi merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati ini. Program ini juga turut dihadiri oleh Isteri Perdana Menteri iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud dan tetamu kehormat iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan dengan mendekati serta mendengar masalah rakyat seperti ini dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan serta merta. Program ini adalah satu program yang komprehensif untuk berinteraksi dengan rakyat, ia dapat memberi penerangan kepada rakyat tentang komitmen kerajaan melalui pembangunan sosial, ekonomi dan politik kepada semua lapisan masyarakat.

Menurut ucapan Perdana Menteri Malaysia, beliau amat berterima kasih kepada rakyat Terengganu yang hadir menyokong program ini. Kerajaan akan lakukan yang terbaik kepada rakyat berdasarkan apa yang diingini oleh rakyat. Beliau juga turut menyatakan bahawa Terengganu kini semakin hari semakin maju dengan pimpinan Barisan Nasional. Sebuah kerajaan harus mendahulukan kepentingan rakyat, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada rakyat bagi membantu rakyat terutama rakyat yang bependapatan rendah.

Kira-kira pada pukul 1 petang, Perdana Menteri bertolak menghadiri majlis perjumpaan tertutup bersama pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, Pertemuan bersama pemimpin dan ahli parti berakhir dengan jamuan petang kira-kira dua jam kemudian.

Program Jelajah Janji Ditepati ini adalah satu harapan agar rakyat dapat membuka mata tentang transformasi dan kemajuan negara. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan adalah satu nilai yang besar dalam membentuk negara yang maju dan membangun







No comments:

Post a Comment