Sunday, April 13, 2014

Mengapa Tok Guru Nik Aziz menangis?


SECARA relatifnya seseorang yang tinggi tahap keimanannya dia senantiasa merasakan dirinya berdosa dengan ALLAH.

Dia akan menginsafi akan kelemahan dirinya, maka dia terus beristighfar kepada ALLAH sebanyak mungkin agar ALLAH memaafi dosa-dosanya baik kecil atau besar, sedar atau tidak. Itulah tahap seorang bertaraf waliyullah.

Tok Guru menundukkan muka sambil menahan sebak semasa memberi tazkirah ringkas selepas Subuh Sabtu lalu.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menangis sambil meminta rakyat Kelantan memaafkan segala kesalahannya semasa menjadi MB Kelantan selama 22 tahun.
“Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan,” demikian rayu Nik Aziz diselangi tangisan memilukan.
Beliau juga mengaitkan sakit yang dihadapi kini mungkin kerana kifarat ALLAH ke atasnya.
“Ni sakit saya mungkin ALLAH nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan yang saya buat selama pimpin Kelantan.”

Tok Guru kini keuzuran kerana menanggung sakit prostat sehinggakan terpaksa membawa beg plastik untuk ke mana-mana.

Pernyataan ikhlas Tok Guru itu sungguh menyayu dan menyebakkan hati.
Kita merasakan betapa humble dan rendahnya diri beliau sebagai seorang hamba ALLAH.
Siapa yang berani mengatakan dia ada kesalahan selama memerintah Kelantan? Kalau pun ada ia adalah kelaziman dihadapi penguasa seperti beliau.

Beliau tidak perlu menyesali kerana kehebatan syiar Islam yang dibawanya mengkagumkan semua orang.
Penampilan dirinya sebagai murrabi dan pemimpin disanjung semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, anutan agama dan bangsa.
Beliau dikagumi oleh semua orang. Yang mencium tangannya tanda hormat, bukan saja orang Melayu tetapi India, Cina dan Siam juga.
Tentunya orang akan beranggapan tidak perlu beliau membuat permohonan maaf begitu dan sedih atas apa dilakukan.

Tetapi itulah Tok Guru Nik Aziz yang tetap merasakan dirinya sebagai tidak maksum bila-bila masa.
Jawatan, penghormatan dan status tinggi yang didudukinya tidak pernah mengasingkan dia menjadi seorang yang sombong dan ego. Dia tetap menganggap dirinya sebagai abdi ALLAH. Inilah kemuliaan beliau kepada saya.
Saya merasakan permohonan diselai tangisan itu bukan penyesalan berat baginya, tetapi ia membawa maksud lain.
Tangisan dan pengakuan ikhlas itu adalah simbolik yang perlu ditafsirkan secara mendalam. Tangisan dan pengakuan itu kena diterjemahkan oleh setiap orang, khasnya mereka yang mengakui sayang dan kasih kepadanya.

Bukan rakyat Kelantan tetapi para pemimpin Pas Kelantan khususnya.
Apakah beliau  menangis setelah menyedari apa yang pernah diberitahu (diingatkan) kepadanya selama ini telah menjadi kenyataan?'

Atau ada keputusan-keputusan berhubung politik yang tidak tepat dibuatnya? Mungkin nasihat-nasihat politik dan juga urusan pentadbiran yang diberitahu sebelum ini, semasa beliau jadi MB, tetapi tidak sempat ditangani dengan jaya telah meninggalkan kesan jiwa buatnya.
Atau pun apa yang beliau harapkan selepas meninggal Kota Darul Naim tidak kesampaian? Itukah puncanya maka Tok Guru menangis?

Mereka yang bersamanya serta menghayati pentadbirannya selama 22 tahun, tahu apa yang menyentuh hati dan perasaanya.
Orang luar dan rakyat Kelantan tidak dapat meneka apakah yang memilukan hati sehingga air jernihnya gugur ke tikar di dalam masjid kecualilah mereka yang mengelilingi hidupnya? Pasti Ahmad Yaakub, Mohd Amar Nik Abdulllah, Husam Musa dan lain-lain memahami erti tangisan Tok Guru itu.

Kalau tangisan itu bersifat peribadi, Tok Guru boleh menangis di dalam kamar khalwatnya bersendirian.
Dia boleh bermunajaknya kepada Tuhan secara senyap. Tetapi apabila dia menangis di hadapan umum, selepas solat Subuh, sudah pasti tangisan itu untuk diterjemah oleh semua orang.
Elok mereka yang mengambil alih pemerintahan daripadanya memahami dan mentafsirkan erti tangisan tokguru itu.

Ustaz Ahmad Yaakub dan segenap pimpinan kerajaan dan parti kini kena menganalisa apa yang berlaku.
Ambillah setitik air mata Tok Guru dan kajilah dalam makmal hati masing-masing. Ada sesuatu yang sangat mengilankan kalau sebab musabab mengapa Tok Guru menangis Sabtu lalu itu tidak dapat difahami.
Jangan biarkan Tok Guru menangis lagi kalau kita semua sayangnya. Sudah cukup kita menyeksanya. Setitik airmatanya perlu dilunasi.

Tidak mungkin Tok Guru akan menyebut satu persatu apa yang menjadi kekesalan atau apa yang tidak memuaskan hatinya. Tidak! Tetapi kita semualah kena arif dan menghayati serta menganalisa akan erti tangisan itu.

Tangisan Tok Guru seperti juga kata-katanya mempunyai mantik paling dalam hanya jauhari memahami manikam maksud dan natijahnya.
Sekiranya kita semua gagal menghentikan sendu dan aliran air mata Tok Guru, khasnya penggantinya dan barisan pemimpin dalam kerajaan dan parti kini, maka semua orang berdosa apa lagi sekiranya tangisan Tok Guru itu disebabkan kelemahan kepimpinan kerajaan dan partinya.
Maka pemegang amanat hari ini adalah penanggungjawabnya kepada setiap titis air mata Tok Guru yang gugur ke lantai masjid.

Fahamilah tangisan Tok Guru dan jangan ianya dianggap sebagai air mata seorang insan yang sudah berada di hujung senja yang merindui kematian.
Hati Tok Guru tidak tersentuh sekiranya tiada apa-apa yang menyentuh hatinya.
Hentilah tangisan Tok Guru dengan semua pihak bermuhasabah diri masing-masing. Keriangan kepada Tok Guru ialah dengan berpadunya pimpinan Pas dan kerajaan di Kelantan akan utuh selama-lamanya.-MSO/SH.

kredit: http://www.suaragenerasibaru.com/?p=110486

Monday, May 20, 2013

Mahasiswa Pewaris Negara






Kota Kinabalu – Program Sembang Mesra Siswa Negeri Sabah 2013 berlangsung pada 01hb. Mei 2013. Bertempat di Anjung Siswa Universiti Malaysia Sabah, program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Bermula pada jam 11.00 pagi, acara dimulakan dengan pendaftaran para peserta yang terdiri daripada para pelajar UMS, Kolej Cosmopoint KK dan Kolej Aseana. Seramai 460 orang peserta yang hadir. Pengisan yang kedua adalah sesi forum dengan tajuk “Mahasiswa Cintakan Keamanan”. Dua orang panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Shamsudin ( Pengarah Keselamatan dan Kesejarteraan Pekerja UMS) dan En. Mohd. Juhar Harun (Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS). Forum tersebut dipengerusikan oleh Pn. Hasmah Ajem, Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Banyak isu yang diperjelaskan oleh kedua-dua panel antaranya berkenaan tanggungjawab mahasiswa terhadap negara, fokus utama sebagai mahasiswa dalam pembangunan negara dan banyak lagi. Semua peserta teruja khususnya semasa sesi soal jawab. Mereka banyak mempersoalkan berhubung tindakan dan kaedah terbaik yang sesuai untuk mereka sebagai seorang pelajar dan pemegang amanah negara.

Program diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah. Hadiah-hadiah yang disediakan amat bersesuaian dengan kegunaan para pelajar seperti thumbdrive, beg notebook, printer dan hadiah utama iaitu telefon samsung galaxy S3 mini. Program selesai sekitar jam 1.30 petang. Sebelum bersurai, semua yang hadir menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan.



Tuesday, March 19, 2013

Rakyat Mula Menjauhkan Diri Dari Pakatan Pembangkang


PKR-Tian-Chua\

Dalam ramai-ramai pimpinan di dalam pakatan pembangkang, populariti Tian Chua ketika ini dilhat begitu besar sekali apabila sering menjadi tajuk perbualan masyarakat di kedai-kedia kopi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Ia bukan disebabkan kerana khidmat atau jasa baktinya yang mengharumkan nama negara, namun kerana kelancangan mulutnya dalam mengeluarkan kenyataan yang bodoh lagi biadap.

Atas sebab itu, setiap kali Naib Presiden PKR itu hadir di mana-mana untuk menyampaikan ceramah, pasti kehadirannya akan ditunggu baik di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kepimpinan dan masyarakat setempat sehinggalah kepada orang perseorangan.

Kehadiran mereka pula bukan untuk mendengar cerita hikayat seribu satu malamnya, tetapi lebih kepada ingin berjumpa sendiri bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap manusia yang dianggap kurang ajar ini. Sebagai contoh, hampir saban hari kita akan dapat melihat laporan di media-media pembangkang yang berkenaan himpunan dan bantahan terhadap kehadiran di kawasan mereka.

Walaupun media pembangkang cuba mengambarkan kononnya kehadiran Tian Chua disambut dengan ancaman dan pelbagai bentuk keganasan. Namun dari satu sudut sekiranya diteliti, kemarahan mereka itu ada mempunyai asasnya, kerana sehingga hari ini tiada sebarang ucapan maaf atau kenyataan bagi menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Malah Ahli Parlimen Batu itu, ketika menyampaikan ucapan sulungnya di Taman Melewar baru-baru ini, mengatakan bahawa dia mengakui mengeluarkan kenyataan tersebut. Malah dia turut berkata idak akan menafikan kenyataan tersebut kerana mendakwa kononnya ia memang merupakan sandiwara BN/Umno.

Melalui kenyataan itu jelas menunjukkan sikap keras kepala yang berkeras mahu mengherat isu pencerobohan bersenjata di Sabah sebagai isu politik walaupun tragedi itu telah mengorbankan seramai 10 orang perwira negara.

Namun setelah menerima pelbagai kecaman dari pelbagai lapisan masyarakat, Tian Chua kembali meminta perlindungan polis atas alasan berasa terancam dan khuatir dengan keselamatan dirinya.

Apa yang menariknya ialah, disebabkan kenyataan itu juga program dan ceramah anjuran pembangkang akhir-akhirnya ini kurang mendapat sambutan seperti kebiasaanya. Rata-rata ceramah yang diadakan hanya mampu mengumpul angka sekitar 100-300 orang sahaja dan sekali-sekali mencecah kepada 500 orang.

Berbanding ceramah yang diadakan sebelum ini, mereka mampu mengumpukan paling kurang 3,000 – 5,000 orang hadirin dalam satu-satu masa. Malah sokongan terhadap ceramah Ketua Pembangkang juga memperlihatkan penurunan sokongan yang agak ketara.

Sebagai contoh, ceramah Anwar yang diadakan di Kuala Krau, Pahang baru-baru ini hanya mampu mengumpulkan sekitar 500 orang hadirin sahaja, dan menurut salah seorang penduduk tempatan hampir setengah daripadanya merupakan orang yang tidak dikenali dan dipercayai merupakan orang luar.

Ia berdasarkan kepada penelitian plat kereta yang rata-rata mengunaka no pendaftaran dari Kelantan, Terengganu dan Selangor. Ia jelas membuktikan semakin hari rakyat semakin muak dengan pendekatan pakatan pembangkang yang sarat dengan penipuan dan janji kosong.

 KREDIT

Tuesday, March 5, 2013

Remy Ishak Bangga Adik Berjuang Hapus Penceroboh Sulu

tumblr_lvvsutQQyv1qd2fbo

PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak berasa bangga apabila adiknya Lans Koperal Mohammad Fairul Azmi Ishak, 28, telah diamanahkan untuk menentang penceroboh Sulu di Lahat Datu, Sabah.

Remy, 31, berkata, sebagai abang dia telah memberikan kata-kata semangat terhadap adiknya yang bertugas sebagai anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan agar berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik selain menjaga keselamatan diri.

“Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini,” katanya kepada mStar Online.

Remy berkata, dia tidak menyangka keadaan di Lahat Datu, itu semakin serius sehingga meragut nyawa anggota keselamatan negara dan juga pihak penceroboh.

Bagaimanapun kata Remy, biarpun agak bimbang dengan keselamatan adiknya, namun dia sedar bahawa Mohammad Fairul Azmi mengalas tanggungjawab besar dalam menyelamatkan negara daripada dicerobohi.

“Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.

Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat,” katanya.

Kata Remy, biarpun sebelum ini adiknya pernah dihantar ke Lubnan selama setahun kerana menyertai misi tentera pengaman, perasaannya berbeza dengan keadaan sekarang.

“Dulu ketika dia dihantar ke Lubnan selama setahun saya tidak begitu bimbang tapi kali ini perasaan saya itu lain macam sikit kerana dia berjuang untuk negara sendiri,” katanya.

Tambah Remy lagi, adiknya baru sahaja menamatkan zaman bujang awal bulan lalu dan baru mula bekerja semula selepas cuti berkahwin.

Katanya, dia sentiasa mengikuti perkembangan mengenai aktiviti pencerobohan yang berlaku di Sabah dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin tampa berlakunya lebih banyak pertumpahan darah.

Remy turut menzahirkan rasa hormat dan takziah terhadap beberapa wira negara yang terkorban dalam perjuangan menentang penceroboh negeri itu.

Dalam kejadian 12 Februari lalu, lebih 100 anggota kumpulan lengkap bersenjata dan berpakaian celoreng tentera yang dipercayai pengikut Sultan Sulu dari Filipina mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Sunday, February 24, 2013

Majlis Perasmian Taska Permata Keluarga Kg.Serdang



KUALA TERENGGANU- Majlis Perasmian Taska Permata Keluarga Kg. Serdang Baru telah dilaksanakan oleh Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor iaitu Isteri Perdana Menteri. Beliau turut diiringi oleh Y.A.Bhg To’ Puan Seri Norliza Binti Mahmud,isteri kepada Menteri Besar Terengganu dan Yang Berbahagia En.Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Taska Permata Keluarga ini adalah cetusan idea dari beliau sendiri dan beliau menyedari bahawa kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun adalah usia paling bernilai untuk dididik. Di Negeri Terengganu, sebanyak 65 buah Taska Permata Keluarga telah dibina dan telah beroperasi dengan menggunapakai kurikulum Permata Negara. Ini membuktikan suatu bukti yang jelas bahawa slogan yang dibawa oleh pihak kerajaan selama ini iaitu “Janji Ditepati” telahpun ditunaikan.

Menurut Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, beliau berharap dengan adanya Taska Permata Keluarga boleh memberi pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak kecil ini nanti. Ia juga memberi peluang untuk digilap dan dikembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu bagi bagi mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmaninya.

Taska Permata Keluarga ini juga akan dilengkapi dengan CCTV untuk membolehkan ibubapa mereka melihat anak-anak mereka ketika mereka bekerja, kemudahan ICT yang canggih ini adalah dengan bantuan dan kerjasama oleh Syarikat Top-IT Industries Sdn.Bhd. Konsep bagi Taska Permata Keluarga pula adalah dengan memberi penekanan kepada didikan awal dan asuhan kepada kanak-kanak.

Diharapkan Taska Permata Keluarga ini akan memberikan pendidikan yang terbaik kepada kanak-kanak kecil ini kerana merekalah yang akan membesar sebagai harapan negara yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara untuk mendokong usaha menjadi negara maju pada tahun 2020.

DSC_0182 (640x428)

Jelajah Janji Ditepati bukti rakyat masih bersama BN


DSC_0028-640x4281

Kuala Terengganu-Lebih Kurang 50 ribu rakyat yang berbilang bangsa turun ke Dataran Shahbandar untuk menemui pemimpin yang disayangi pada program Jelajah Janji Ditepati. Ini membuktikan rakyat masih menyokong sepenuhnya kerajaan yang sedia ada yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak. Pelbgai program dan pengisian yang telah dilakukan oleh agensi dan juga jabatan kerajaan antaranya pertandingan futsal dan bola keranjang 3 0n 3, senamrobik, menyemak status cukai pendapatan, daftar mengundi, saman trafik dan pertukaran alamat pada MyKad. Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional turut diadakan bagi memberi peluang kepada anak-anak terengganu yang mengganggur mendapat pekerjaan.

‘Walkabout’ Perdana Menteri Malaysia di Pasar Besar Kedai Payang memberi ruang kepada orang ramai mendekati lebih dekat dengan pemimpin yang disanjungi mereka. Sejurus kemudian, beliau menaiki beca berhias untuk bersarapan pagi di Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kemudian, Beliau diiringi oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Dato’ Seri Hj.Ahmad Said menuju ke Dataran Shahbandar bagi merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati ini. Program ini juga turut dihadiri oleh Isteri Perdana Menteri iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud dan tetamu kehormat iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan dengan mendekati serta mendengar masalah rakyat seperti ini dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan serta merta. Program ini adalah satu program yang komprehensif untuk berinteraksi dengan rakyat, ia dapat memberi penerangan kepada rakyat tentang komitmen kerajaan melalui pembangunan sosial, ekonomi dan politik kepada semua lapisan masyarakat.

Menurut ucapan Perdana Menteri Malaysia, beliau amat berterima kasih kepada rakyat Terengganu yang hadir menyokong program ini. Kerajaan akan lakukan yang terbaik kepada rakyat berdasarkan apa yang diingini oleh rakyat. Beliau juga turut menyatakan bahawa Terengganu kini semakin hari semakin maju dengan pimpinan Barisan Nasional. Sebuah kerajaan harus mendahulukan kepentingan rakyat, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada rakyat bagi membantu rakyat terutama rakyat yang bependapatan rendah.

Kira-kira pada pukul 1 petang, Perdana Menteri bertolak menghadiri majlis perjumpaan tertutup bersama pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, Pertemuan bersama pemimpin dan ahli parti berakhir dengan jamuan petang kira-kira dua jam kemudian.

Program Jelajah Janji Ditepati ini adalah satu harapan agar rakyat dapat membuka mata tentang transformasi dan kemajuan negara. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan adalah satu nilai yang besar dalam membentuk negara yang maju dan membangun







Saturday, February 23, 2013

“Agi Idup Agi Nyokong BN”-Najib




SRI AMAN: “Agi Idup Agi Nyokong BN” Itulah laungan oleh YAB Perdana Menteri yang bermaksud selagi nyawa dikandung badan undilah BN. Kata-kata hikmat dari YAB Perdana Menteri Malaysia menyeru supaya rakyat Sarawak kekal terus menjadi kubu kuat BN di PRU ke 13 yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi.

Ketika berucap, beliau menyatakan bahawa debaran PRU 13 kian terasa jadi berfikirlah secara bijak siapa yang lebih layak menerajui negara. Pilihlah sebuah kerajaan yang mampu menepati janji bukan hanya berjanji seperti pihak pembangkang yang hanya manis di bibir sahaja.

Kerajaan yang sedia ada sekarang dibawah pimpinan Barisan Nasional telah menepati segala janji dimana telah membawa kepada transformasi negara.

Mengimbau kembali janji pada masa berkempan PRN 2011 yang lalu, kerajaan telah menjanjikan sebuah hospital yang bernilai RM 200 juta serta mempunyai pakar dan kini dalam pelaksanaan dan dijangka siap tidak lama lagi. Kini, 2 orang tenaga pakar sudah ada di Sri Aman

Bagi projek bekalan letrik luar bandar yang memperuntukkan sebanyak RM 160 juta juga telah pun dilaksanakan dan ada yang masih dalam tempoh perlaksanaan. Projek loji air luar bandarang memperuntukkan sebanyak RM43 juta juga akan sampai kepada rakyat. Itulah janji-janji yang telah pun ditepati oleh kerajaan,tambahnya.

Nilailah lah parti yang perlu dipilih demi kemakmuran serta keamanan negara. Adakah rakyat Sarawak ingin mengalami kekecewaan sama seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor? Jadi undilah Barisan Nasional dan saya berjanji akan bekerja keras ibarat mengikis bulu betis,ujarnya lagi.
SUMBER:http://www.suaragenerasibaru.com/?p=69883

Tuesday, February 19, 2013

Stadium Terengganu bukan runtuh puncanya adalah Dato’ Raja Kamarul Bahrin



Awal-awal, belum apa apa lagi dah nafi tidak terlibat atau menjadi penyebab keruntuhan
• Binaan kontraktor dibuat berdasarkan lakaran dan cadangan arktiek
• Tuding jari salahkan pihak lain, termasuk JKR- tangan yang memberi pun digigit
Arkitek yang diberi tanggung jawab dalam pembinaan Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu ini ialah milik Raja Bahrin sendiri, iaitu Senibahri Arkitek, bukan arikitek lain.
Pembinaan sesuatu bangunan adalah bermula dengan lakaran dan panduan arkitek!
Pembinaan adalah berdasarkan nasihat, lakaran dan panduan arkitek yang merekabentuk.
Lihat Deskripsi Tugas arkitek ialah:
Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).
Apabila kertas laporan siasatan dikemukakan, Raja Bahrin awal awal membuat penafian bahawa dia tidak terlibat…orang Terengganu kata, pintas awal-awal.
Biasanya, bila bersalah, kita cepat-cepat naïf dan melenting , belum apa apa lagi sudah membuat panafian- maka dari sudut psikologinya sebenarnya berasa buat salah dan cuba mengatakan diri kita tidak bersalah.
Senibahri Arkitek milik Dato’ Raja Baharin, syarikat perunding yang dilantik kerajaan negeri untuk mereka bentuk kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), menafikan terbabit dengan reka bentuk bumbung stadium itu yang runtuh.
Pemilik syarikat itu, Raja Kamarul Bahrin Shah, mendakwa bahawa pihaknya hanya ditugaskan untuk merekabentuk struktur bangunan stadium sahaja.
Betullah dari reka bentuk itulah kontraktor jadikan panduan untuk pembinaan- maknanya rekabentuk tidak mengambilkira kesan apabila dijalankan pembinaan
Sepatut awal awal Raja Bahrin tidak merekabentuk bumbung stadium seumpama itu kerana rekabentuk yang dicadangkan dan dilakarkan itulah menjadi ikutan kontraktor binaan.
“Kita hanya bertindak sebagai perunding kerajaan dan tidak terbabit secara langsung dengan reka bentuk terperinci struktur dan pengawasan pembinaan bumbung tersebut” katanya.
(lihat cepat cepat Raja Baharin menuding jari kepada pihak lain).
“Sementara kami, dilantik oleh kerajaan negeri dan tidak terbabit dengan reka bentuk terperinci struktur dan juga pengawasan bumbung tersebut,” katanya.
Sambil menyambut baik pendedahan Menteri Besar, Raja Kamarul Bahrin berkata, bahawa pihaknya sudah memberi penjelasan penuh kepada Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berhubung kejadian tersebut.
Raja Baharin juga menuduh Jabatan Kerja Raya JKR yang bersalah.
Pemilik Senibahri Arkitek itu mendakwa JKR yang bersalah kerana dakwanya lagi bahawa sebelum ini pihaknya pernah memberi pandangannya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung ketidaksempurnaan bumbung tersebut yang dikesan sejak dalam proses pembinaan.
Itulah sikap dan amalan buruk Raja Bahrin yang suka menuding kepada pihak lain, hatta kepada JKR yang banyak memberi kerjasama dan projek kepada beliau.
Beliau sanggup ;menggigit tangan’ kepada pihak yang memberi makan kepadanya.