Monday, May 20, 2013

Mahasiswa Pewaris Negara






Kota Kinabalu – Program Sembang Mesra Siswa Negeri Sabah 2013 berlangsung pada 01hb. Mei 2013. Bertempat di Anjung Siswa Universiti Malaysia Sabah, program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Bermula pada jam 11.00 pagi, acara dimulakan dengan pendaftaran para peserta yang terdiri daripada para pelajar UMS, Kolej Cosmopoint KK dan Kolej Aseana. Seramai 460 orang peserta yang hadir. Pengisan yang kedua adalah sesi forum dengan tajuk “Mahasiswa Cintakan Keamanan”. Dua orang panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Shamsudin ( Pengarah Keselamatan dan Kesejarteraan Pekerja UMS) dan En. Mohd. Juhar Harun (Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS). Forum tersebut dipengerusikan oleh Pn. Hasmah Ajem, Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Banyak isu yang diperjelaskan oleh kedua-dua panel antaranya berkenaan tanggungjawab mahasiswa terhadap negara, fokus utama sebagai mahasiswa dalam pembangunan negara dan banyak lagi. Semua peserta teruja khususnya semasa sesi soal jawab. Mereka banyak mempersoalkan berhubung tindakan dan kaedah terbaik yang sesuai untuk mereka sebagai seorang pelajar dan pemegang amanah negara.

Program diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah. Hadiah-hadiah yang disediakan amat bersesuaian dengan kegunaan para pelajar seperti thumbdrive, beg notebook, printer dan hadiah utama iaitu telefon samsung galaxy S3 mini. Program selesai sekitar jam 1.30 petang. Sebelum bersurai, semua yang hadir menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan.



Tuesday, March 19, 2013

Rakyat Mula Menjauhkan Diri Dari Pakatan Pembangkang


PKR-Tian-Chua\

Dalam ramai-ramai pimpinan di dalam pakatan pembangkang, populariti Tian Chua ketika ini dilhat begitu besar sekali apabila sering menjadi tajuk perbualan masyarakat di kedai-kedia kopi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Ia bukan disebabkan kerana khidmat atau jasa baktinya yang mengharumkan nama negara, namun kerana kelancangan mulutnya dalam mengeluarkan kenyataan yang bodoh lagi biadap.

Atas sebab itu, setiap kali Naib Presiden PKR itu hadir di mana-mana untuk menyampaikan ceramah, pasti kehadirannya akan ditunggu baik di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kepimpinan dan masyarakat setempat sehinggalah kepada orang perseorangan.

Kehadiran mereka pula bukan untuk mendengar cerita hikayat seribu satu malamnya, tetapi lebih kepada ingin berjumpa sendiri bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap manusia yang dianggap kurang ajar ini. Sebagai contoh, hampir saban hari kita akan dapat melihat laporan di media-media pembangkang yang berkenaan himpunan dan bantahan terhadap kehadiran di kawasan mereka.

Walaupun media pembangkang cuba mengambarkan kononnya kehadiran Tian Chua disambut dengan ancaman dan pelbagai bentuk keganasan. Namun dari satu sudut sekiranya diteliti, kemarahan mereka itu ada mempunyai asasnya, kerana sehingga hari ini tiada sebarang ucapan maaf atau kenyataan bagi menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Malah Ahli Parlimen Batu itu, ketika menyampaikan ucapan sulungnya di Taman Melewar baru-baru ini, mengatakan bahawa dia mengakui mengeluarkan kenyataan tersebut. Malah dia turut berkata idak akan menafikan kenyataan tersebut kerana mendakwa kononnya ia memang merupakan sandiwara BN/Umno.

Melalui kenyataan itu jelas menunjukkan sikap keras kepala yang berkeras mahu mengherat isu pencerobohan bersenjata di Sabah sebagai isu politik walaupun tragedi itu telah mengorbankan seramai 10 orang perwira negara.

Namun setelah menerima pelbagai kecaman dari pelbagai lapisan masyarakat, Tian Chua kembali meminta perlindungan polis atas alasan berasa terancam dan khuatir dengan keselamatan dirinya.

Apa yang menariknya ialah, disebabkan kenyataan itu juga program dan ceramah anjuran pembangkang akhir-akhirnya ini kurang mendapat sambutan seperti kebiasaanya. Rata-rata ceramah yang diadakan hanya mampu mengumpul angka sekitar 100-300 orang sahaja dan sekali-sekali mencecah kepada 500 orang.

Berbanding ceramah yang diadakan sebelum ini, mereka mampu mengumpukan paling kurang 3,000 – 5,000 orang hadirin dalam satu-satu masa. Malah sokongan terhadap ceramah Ketua Pembangkang juga memperlihatkan penurunan sokongan yang agak ketara.

Sebagai contoh, ceramah Anwar yang diadakan di Kuala Krau, Pahang baru-baru ini hanya mampu mengumpulkan sekitar 500 orang hadirin sahaja, dan menurut salah seorang penduduk tempatan hampir setengah daripadanya merupakan orang yang tidak dikenali dan dipercayai merupakan orang luar.

Ia berdasarkan kepada penelitian plat kereta yang rata-rata mengunaka no pendaftaran dari Kelantan, Terengganu dan Selangor. Ia jelas membuktikan semakin hari rakyat semakin muak dengan pendekatan pakatan pembangkang yang sarat dengan penipuan dan janji kosong.

 KREDIT

Tuesday, March 5, 2013

Remy Ishak Bangga Adik Berjuang Hapus Penceroboh Sulu

tumblr_lvvsutQQyv1qd2fbo

PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak berasa bangga apabila adiknya Lans Koperal Mohammad Fairul Azmi Ishak, 28, telah diamanahkan untuk menentang penceroboh Sulu di Lahat Datu, Sabah.

Remy, 31, berkata, sebagai abang dia telah memberikan kata-kata semangat terhadap adiknya yang bertugas sebagai anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan agar berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik selain menjaga keselamatan diri.

“Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini,” katanya kepada mStar Online.

Remy berkata, dia tidak menyangka keadaan di Lahat Datu, itu semakin serius sehingga meragut nyawa anggota keselamatan negara dan juga pihak penceroboh.

Bagaimanapun kata Remy, biarpun agak bimbang dengan keselamatan adiknya, namun dia sedar bahawa Mohammad Fairul Azmi mengalas tanggungjawab besar dalam menyelamatkan negara daripada dicerobohi.

“Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.

Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat,” katanya.

Kata Remy, biarpun sebelum ini adiknya pernah dihantar ke Lubnan selama setahun kerana menyertai misi tentera pengaman, perasaannya berbeza dengan keadaan sekarang.

“Dulu ketika dia dihantar ke Lubnan selama setahun saya tidak begitu bimbang tapi kali ini perasaan saya itu lain macam sikit kerana dia berjuang untuk negara sendiri,” katanya.

Tambah Remy lagi, adiknya baru sahaja menamatkan zaman bujang awal bulan lalu dan baru mula bekerja semula selepas cuti berkahwin.

Katanya, dia sentiasa mengikuti perkembangan mengenai aktiviti pencerobohan yang berlaku di Sabah dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin tampa berlakunya lebih banyak pertumpahan darah.

Remy turut menzahirkan rasa hormat dan takziah terhadap beberapa wira negara yang terkorban dalam perjuangan menentang penceroboh negeri itu.

Dalam kejadian 12 Februari lalu, lebih 100 anggota kumpulan lengkap bersenjata dan berpakaian celoreng tentera yang dipercayai pengikut Sultan Sulu dari Filipina mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Sunday, February 24, 2013

Majlis Perasmian Taska Permata Keluarga Kg.Serdang



KUALA TERENGGANU- Majlis Perasmian Taska Permata Keluarga Kg. Serdang Baru telah dilaksanakan oleh Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor iaitu Isteri Perdana Menteri. Beliau turut diiringi oleh Y.A.Bhg To’ Puan Seri Norliza Binti Mahmud,isteri kepada Menteri Besar Terengganu dan Yang Berbahagia En.Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Taska Permata Keluarga ini adalah cetusan idea dari beliau sendiri dan beliau menyedari bahawa kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun adalah usia paling bernilai untuk dididik. Di Negeri Terengganu, sebanyak 65 buah Taska Permata Keluarga telah dibina dan telah beroperasi dengan menggunapakai kurikulum Permata Negara. Ini membuktikan suatu bukti yang jelas bahawa slogan yang dibawa oleh pihak kerajaan selama ini iaitu “Janji Ditepati” telahpun ditunaikan.

Menurut Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, beliau berharap dengan adanya Taska Permata Keluarga boleh memberi pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak kecil ini nanti. Ia juga memberi peluang untuk digilap dan dikembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu bagi bagi mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmaninya.

Taska Permata Keluarga ini juga akan dilengkapi dengan CCTV untuk membolehkan ibubapa mereka melihat anak-anak mereka ketika mereka bekerja, kemudahan ICT yang canggih ini adalah dengan bantuan dan kerjasama oleh Syarikat Top-IT Industries Sdn.Bhd. Konsep bagi Taska Permata Keluarga pula adalah dengan memberi penekanan kepada didikan awal dan asuhan kepada kanak-kanak.

Diharapkan Taska Permata Keluarga ini akan memberikan pendidikan yang terbaik kepada kanak-kanak kecil ini kerana merekalah yang akan membesar sebagai harapan negara yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara untuk mendokong usaha menjadi negara maju pada tahun 2020.

DSC_0182 (640x428)

Jelajah Janji Ditepati bukti rakyat masih bersama BN


DSC_0028-640x4281

Kuala Terengganu-Lebih Kurang 50 ribu rakyat yang berbilang bangsa turun ke Dataran Shahbandar untuk menemui pemimpin yang disayangi pada program Jelajah Janji Ditepati. Ini membuktikan rakyat masih menyokong sepenuhnya kerajaan yang sedia ada yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak. Pelbgai program dan pengisian yang telah dilakukan oleh agensi dan juga jabatan kerajaan antaranya pertandingan futsal dan bola keranjang 3 0n 3, senamrobik, menyemak status cukai pendapatan, daftar mengundi, saman trafik dan pertukaran alamat pada MyKad. Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional turut diadakan bagi memberi peluang kepada anak-anak terengganu yang mengganggur mendapat pekerjaan.

‘Walkabout’ Perdana Menteri Malaysia di Pasar Besar Kedai Payang memberi ruang kepada orang ramai mendekati lebih dekat dengan pemimpin yang disanjungi mereka. Sejurus kemudian, beliau menaiki beca berhias untuk bersarapan pagi di Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Kemudian, Beliau diiringi oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Dato’ Seri Hj.Ahmad Said menuju ke Dataran Shahbandar bagi merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati ini. Program ini juga turut dihadiri oleh Isteri Perdana Menteri iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud dan tetamu kehormat iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan dengan mendekati serta mendengar masalah rakyat seperti ini dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan serta merta. Program ini adalah satu program yang komprehensif untuk berinteraksi dengan rakyat, ia dapat memberi penerangan kepada rakyat tentang komitmen kerajaan melalui pembangunan sosial, ekonomi dan politik kepada semua lapisan masyarakat.

Menurut ucapan Perdana Menteri Malaysia, beliau amat berterima kasih kepada rakyat Terengganu yang hadir menyokong program ini. Kerajaan akan lakukan yang terbaik kepada rakyat berdasarkan apa yang diingini oleh rakyat. Beliau juga turut menyatakan bahawa Terengganu kini semakin hari semakin maju dengan pimpinan Barisan Nasional. Sebuah kerajaan harus mendahulukan kepentingan rakyat, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada rakyat bagi membantu rakyat terutama rakyat yang bependapatan rendah.

Kira-kira pada pukul 1 petang, Perdana Menteri bertolak menghadiri majlis perjumpaan tertutup bersama pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, Pertemuan bersama pemimpin dan ahli parti berakhir dengan jamuan petang kira-kira dua jam kemudian.

Program Jelajah Janji Ditepati ini adalah satu harapan agar rakyat dapat membuka mata tentang transformasi dan kemajuan negara. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan adalah satu nilai yang besar dalam membentuk negara yang maju dan membangun







Saturday, February 23, 2013

“Agi Idup Agi Nyokong BN”-Najib




SRI AMAN: “Agi Idup Agi Nyokong BN” Itulah laungan oleh YAB Perdana Menteri yang bermaksud selagi nyawa dikandung badan undilah BN. Kata-kata hikmat dari YAB Perdana Menteri Malaysia menyeru supaya rakyat Sarawak kekal terus menjadi kubu kuat BN di PRU ke 13 yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi.

Ketika berucap, beliau menyatakan bahawa debaran PRU 13 kian terasa jadi berfikirlah secara bijak siapa yang lebih layak menerajui negara. Pilihlah sebuah kerajaan yang mampu menepati janji bukan hanya berjanji seperti pihak pembangkang yang hanya manis di bibir sahaja.

Kerajaan yang sedia ada sekarang dibawah pimpinan Barisan Nasional telah menepati segala janji dimana telah membawa kepada transformasi negara.

Mengimbau kembali janji pada masa berkempan PRN 2011 yang lalu, kerajaan telah menjanjikan sebuah hospital yang bernilai RM 200 juta serta mempunyai pakar dan kini dalam pelaksanaan dan dijangka siap tidak lama lagi. Kini, 2 orang tenaga pakar sudah ada di Sri Aman

Bagi projek bekalan letrik luar bandar yang memperuntukkan sebanyak RM 160 juta juga telah pun dilaksanakan dan ada yang masih dalam tempoh perlaksanaan. Projek loji air luar bandarang memperuntukkan sebanyak RM43 juta juga akan sampai kepada rakyat. Itulah janji-janji yang telah pun ditepati oleh kerajaan,tambahnya.

Nilailah lah parti yang perlu dipilih demi kemakmuran serta keamanan negara. Adakah rakyat Sarawak ingin mengalami kekecewaan sama seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor? Jadi undilah Barisan Nasional dan saya berjanji akan bekerja keras ibarat mengikis bulu betis,ujarnya lagi.
SUMBER:http://www.suaragenerasibaru.com/?p=69883

Tuesday, February 19, 2013

Stadium Terengganu bukan runtuh puncanya adalah Dato’ Raja Kamarul Bahrin



Awal-awal, belum apa apa lagi dah nafi tidak terlibat atau menjadi penyebab keruntuhan
• Binaan kontraktor dibuat berdasarkan lakaran dan cadangan arktiek
• Tuding jari salahkan pihak lain, termasuk JKR- tangan yang memberi pun digigit
Arkitek yang diberi tanggung jawab dalam pembinaan Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu ini ialah milik Raja Bahrin sendiri, iaitu Senibahri Arkitek, bukan arikitek lain.
Pembinaan sesuatu bangunan adalah bermula dengan lakaran dan panduan arkitek!
Pembinaan adalah berdasarkan nasihat, lakaran dan panduan arkitek yang merekabentuk.
Lihat Deskripsi Tugas arkitek ialah:
Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).
Apabila kertas laporan siasatan dikemukakan, Raja Bahrin awal awal membuat penafian bahawa dia tidak terlibat…orang Terengganu kata, pintas awal-awal.
Biasanya, bila bersalah, kita cepat-cepat naïf dan melenting , belum apa apa lagi sudah membuat panafian- maka dari sudut psikologinya sebenarnya berasa buat salah dan cuba mengatakan diri kita tidak bersalah.
Senibahri Arkitek milik Dato’ Raja Baharin, syarikat perunding yang dilantik kerajaan negeri untuk mereka bentuk kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), menafikan terbabit dengan reka bentuk bumbung stadium itu yang runtuh.
Pemilik syarikat itu, Raja Kamarul Bahrin Shah, mendakwa bahawa pihaknya hanya ditugaskan untuk merekabentuk struktur bangunan stadium sahaja.
Betullah dari reka bentuk itulah kontraktor jadikan panduan untuk pembinaan- maknanya rekabentuk tidak mengambilkira kesan apabila dijalankan pembinaan
Sepatut awal awal Raja Bahrin tidak merekabentuk bumbung stadium seumpama itu kerana rekabentuk yang dicadangkan dan dilakarkan itulah menjadi ikutan kontraktor binaan.
“Kita hanya bertindak sebagai perunding kerajaan dan tidak terbabit secara langsung dengan reka bentuk terperinci struktur dan pengawasan pembinaan bumbung tersebut” katanya.
(lihat cepat cepat Raja Baharin menuding jari kepada pihak lain).
“Sementara kami, dilantik oleh kerajaan negeri dan tidak terbabit dengan reka bentuk terperinci struktur dan juga pengawasan bumbung tersebut,” katanya.
Sambil menyambut baik pendedahan Menteri Besar, Raja Kamarul Bahrin berkata, bahawa pihaknya sudah memberi penjelasan penuh kepada Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berhubung kejadian tersebut.
Raja Baharin juga menuduh Jabatan Kerja Raya JKR yang bersalah.
Pemilik Senibahri Arkitek itu mendakwa JKR yang bersalah kerana dakwanya lagi bahawa sebelum ini pihaknya pernah memberi pandangannya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung ketidaksempurnaan bumbung tersebut yang dikesan sejak dalam proses pembinaan.
Itulah sikap dan amalan buruk Raja Bahrin yang suka menuding kepada pihak lain, hatta kepada JKR yang banyak memberi kerjasama dan projek kepada beliau.
Beliau sanggup ;menggigit tangan’ kepada pihak yang memberi makan kepadanya.

Saturday, February 16, 2013

Gejala Rempit



KUALA LUMPUR 4 Mei - Gejala lumba haram yang begitu sinonim dengan istilah 'merempit' semakin kronik dan sikap masyarakat menuding jari kepada pihak penguat kuasa memburukkan lagi keadaan.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kegiatan tersebut bukan baru dan kegagalan menanganinya disebabkan oleh sikap masyarakat itu sendiri.
''Kita seringkali menuding jari kepada kerajaan melalui agensi penguatkuasaan seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila menyentuh mengenai isu mat rempit.
''Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membanteras gejala ini, malah ia sewajarnya dipuji, namun masyarakat juga perlu berperanan untuk bersama-sama menanganinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas isu mat rempit menerusi operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak polis trafik dan JPJ bagi membanteras gejala lumba haram di ibu negara semalam.
Pada operasi itu, kira-kira 500 mat rempit telah diperiksa dengan operasi sama turut diadakan di tiga negeri lain iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Menurut Azeem Fazwan, lazimnya, faktor utama kegiatan merempit disebabkan golongan itu berasa bosan dan mahu mencari keseronokan ekstrem dalam hidup.
Bagaimanapun, beliau berkata, apa yang dibimbangi ialah faktor tersebut kemudiannya mengundang kepada masalah jenayah lain seperti pergaduhan, merompak, ragut, rogol dan sebagainya.
Katanya, dalam hal ini, ibu bapa merupakan institusi utama yang perlu dipersalahkan kerana tidak memantau pergerakan anak-anak sekali gus mencerminkan kegagalan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab keibubapaan.
''Selain masyarakat, ibu bapa juga perlu proaktif membimbing anak masing-masing terutama bagi aspek akhlak supaya gejala seperti ini dapat dibendung.
''Sudah tentu kita tidak mahu lihat lebih ramai 'jaguh' handalan menemui ajal di atas jalan raya dengan sia-sia, justeru, langkah bersepadu perlu dimulakan dari sekarang," katanya.
Azeem Fazwan berkata, aktivis sosial termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranan untuk mencapai matlamat menangani gejala merempit.

SUMBER:  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm#ixzz2L4WdzlyR 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
 Ulasan PT

Gejala Mat rempit tidak boleh dipandang ringan oleh semua lapisan masyarakat kerana ia menjejaskan imej golongan remaja dan imej negara. Ia selalunya berlaku disebabkan anak-anak muda yang terlalu mengikut perasaan dan tiada pendirian dalam kehidupan sosial mereka.

Gejala ini juga memberi kesan kepada ekonomi negara contohnya kepada sektor pelancongan, para  pelancong mungkin berasa tidak selamat ketika berada di jalan raya kerana mereka bimbang akan bertembung dengan mat rempit ini.

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memerhatikan tindak tanduk anak-anak mereka dalam pergaulan harian mereka. Sebelum ianya berlaku dengan lebih serius, pihak-pihak yang terlibat harus mencari jalan keluar bagi membendung gejala ini supaya ianya tidak mencapai tahap yang begitu serius.








Friday, February 15, 2013

1M4U




BN Serius Dan Ikhlas Dalam Membela Nasib Rakyat





Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menambah kadar jumlah kepada RM1,000 dilihat akan menyebabkan pimpinan pakatan pembangkang tersandar buat seketika. Ini kerana pengumuman tersebut secara tidak langsung akan menguatkan serta menambah keyakinan rakyat akan usaha kerajaan dalam membela rakyat secara keseluruhan.

Ia bukanlah janji kosong semata, kerana setelah mengambil kira pendapatan dan kewangan negara, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan BR1M selama dua tahun berturut-turut. Pendekatan dan pemberian yang dilakukan oleh kerajaan BN itu dilihat telah mampu mengurangkan sedikit beban rakyat serta menepati golongan sasar yang benar-benar memerlukan bantuan.

Dengan kenyataan untuk meneruskan bantuan dan menambah pemberian tunai ini, di harap dapat membuka hati rakyat dalam menilai keikhlasan kerajaan untuk membantu masyarakat secara keseluruhan. Ini berbeza dengan pakatan pembangkang yang hanya tahu untuk berjanji semata-mata.


Lihat sahaja nasib yang menimpa rakyat Selangor, sebelum ini melalui manifesto yang dibentangkan ketika pilihanraya umum yang lalu, Anwar telah memberikan seribu satu janji. Namun setelah berjaya memerintah Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan semua janji hanya tinggal janji seperti bantuan untuk iu tunggal dan pemberian air percuma.


Apabila janji tersebut dituntut, jawapan yang diberikan amat mengecewakan dan memeranjatkan mereka yang telah memperjudikan nasib dengan memberi undi kepada pakatan rakyat. Pimpinan pakatan hanya mampu mengatakan janji yang diberikan di dalam manifesto yang lalu, tidak semestinya perlu untuk dilaksanakan.

Sekiranya tidak perlu di laksanakan, apa perlu untuk mereka berjanji? Melainkan ia hanya sekadar untuk ‘mengula-gula’ mereka dengan kata-kata yang manis untuk menarik simpati dan undi rakyat. Lebih mengecewakan, Anwar hanya mampu menyalahkan kerajaan persekutuan sedangkan 4 negeri yang dinyatakan tadi ditadbir oleh mereka.


Cuba kita lihat, sebelum ini Anwar mendakwa kerajaan gagal membela dan membantu rakyat, namun apabila kerajaan bertindak untuk menyalurkan BR1M, mereka mendakwa ia hanya sebagai umpan politik.


Seperti kata pepatah “buat salah, tak buat pun salah” tetapi sudah menjadi lumrah untuk kerajaan menyalahkan kerajaan maka lebih dibiarkan sahaja dia terus memekik dan melolong kerana yang paling penting usaha kerajaan ini dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini.


Rakyat seharusnya melihat BR1M ini dari skop yang lebih besar, selain untuk meringankan beban rakyat namun di masa yang sama ia bertujuan untuk mengerakkan sistem kewangan negara. Ini kerana dengan pemberian ini ia secara tidak langsung mampu memacu pergerakkan ekonomi domestic sekaligus harapan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 akan dapat dicapai.


Tan Sri Muhyiddin di dalam kenyataan sebentar tadi turut menyelar pimpinan pakatan pembangkang yang sering menabur fitnah dan mengelirukan rakyat dengan pelbagai cerita. Sebagai contoh Anwar dan kuncu-kuncunya sebelum ini mengatakan kerajaan BN zalim, seksa rakyat dan sebagainya.


Sedangkan pada hakikatnya kerajaan sentiasa berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan dan menunaikan pelbagai janji yang telah dibuat sebelum ini. Pelbagai pendekatan dan inisiatif yang diwujudkan dalam memastikan kebajikan dan nasib rakyat terus terbela.

Kesimpulannya, diharapkan rakyat sedar dan mampu menilai mereka yang benar-benar ingin membela nasib rakyat berbanding mereka yang hanya mahu membodohkan rakyat semata-mata untuk mengangkat martabat Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri




Saturday, February 9, 2013

'My Beautiful Day' Peringkat Negeri Terengganu Di Sambut Meriah


KUALA TERENGGANU- Program 'My Beautiful Malaysia' telah diadakan di Seluruh Malaysia secara serentak, di Terengganu 5 tempat telah dipilih untuk mengadakan program ini iaitu Pantai Batu Buruk, Tasik Kenyir, Masjid Terapung, Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Rhu 10, Setiu.  Program ini dianjurkan bagi mengumpul semua belia bagi mengeratkan silaturrahim dan juga mewujudkan semangat sukarelawan antara satu sama lain.

Program 'My Beautiful Malaysia'  di Pantai buruk dihadiri kira-kira 25,000 hadirin bagi memeriahkan program ini. Program ini dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Terengganu iaitu YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said ,turut hadir memeriahkan Program ini ialah Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri dan vvip yang lain.

Program ini dimulakan pada 8.30 pagi dengan acara nyanyian Negaraku dan 1 Malaysia serta ucapan pelancaran Program 'My Beautiful Malaysia', kemudian acara senam 1 Malaysia, menanam pokok dan membersihkan sekitar pantai turut disertai Menteri Besar Terengganu. Program ini juga dapat membersihkan alam sekitar dan memupuk semangat bantu membantu dikalangan masyarakat. Program ini juga turut memberi kelebihan kepada Terengganu kerana Tahun Melawat Terengganu 2013, disamping dapat memberikan imej positif kepada pelancong yang datang.

Menurut Menteri Belia dan Sukan,Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek 'Ini adalah satu fenomena yang luar biasa kepada negara kita kerana dapat menampilkan ramai belia-belia ke hadapan. Program seperti ini dapat mempuk belia dalam kerja-kerja seperti menolong orang yang tidak berkemampuan, mencintai alam sekitar, memupuk kasih sayang dan banyak lagi yang boleh diserapkan ke dalam diri kita. Program seperti  ini juga berkemungkinan akan diteruskan pada masa akan datang dimana kita dapat mengumpul lebih banyak lagi belia bagi memupuk semangat kesukarelaan'.

Program 'My Beautiful Malaysia'  di Pantai buruk ini diakhiri dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi idola kecil ,dan diharapkan selepas ini semangat kesukarelaan dapat diterapkan di dalam diri kita, dengan adanya semangat seperti itu ia memberikan impak yang besar kepada negara.

ketibaan mbe
 Gambar 1.0 Ketibaan Menteri Besar Negeri Terengganu iaitu YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said
ucapan persmian e
Gambar 1.1 Ucapan Perasmian Program 'My Beautiful Day' oleh Menteri Besar Negeri Terengganu iaitu YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said
DSC_0497 (640x428)e
 Gambar 1.2 Nyanyian lagu Negaraku dan 1 Malaysia
DSC_0552 (640x428)e
Gambar 1.3 Acara Penaman Pokok oleh Menteri Besar Negeri Terengganu iaitu YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said
DSC_0558 (640x428)e
 Gambar  1.4 Acara Penanaman Pokok oleh Menteri Belia dan Sukan,Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek