Monday, May 20, 2013

Mahasiswa Pewaris Negara






Kota Kinabalu – Program Sembang Mesra Siswa Negeri Sabah 2013 berlangsung pada 01hb. Mei 2013. Bertempat di Anjung Siswa Universiti Malaysia Sabah, program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Bermula pada jam 11.00 pagi, acara dimulakan dengan pendaftaran para peserta yang terdiri daripada para pelajar UMS, Kolej Cosmopoint KK dan Kolej Aseana. Seramai 460 orang peserta yang hadir. Pengisan yang kedua adalah sesi forum dengan tajuk “Mahasiswa Cintakan Keamanan”. Dua orang panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Shamsul Bahri Shamsudin ( Pengarah Keselamatan dan Kesejarteraan Pekerja UMS) dan En. Mohd. Juhar Harun (Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS). Forum tersebut dipengerusikan oleh Pn. Hasmah Ajem, Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Banyak isu yang diperjelaskan oleh kedua-dua panel antaranya berkenaan tanggungjawab mahasiswa terhadap negara, fokus utama sebagai mahasiswa dalam pembangunan negara dan banyak lagi. Semua peserta teruja khususnya semasa sesi soal jawab. Mereka banyak mempersoalkan berhubung tindakan dan kaedah terbaik yang sesuai untuk mereka sebagai seorang pelajar dan pemegang amanah negara.

Program diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah. Hadiah-hadiah yang disediakan amat bersesuaian dengan kegunaan para pelajar seperti thumbdrive, beg notebook, printer dan hadiah utama iaitu telefon samsung galaxy S3 mini. Program selesai sekitar jam 1.30 petang. Sebelum bersurai, semua yang hadir menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan.



No comments:

Post a Comment